Pernahkah kita terfikir mengapa kita ada didunia ini? apa tujuan kita hidup? bagi yang mempunyai pegangan agama, mereka akan berfikir kenapa tuhan menciptakan mereka. Bagi mereka yang beragama Islam, Allah menciptakan manusia daripada Nabi Adam, yang diturunkan daripada syurga ke dunia kerana mengingkari perintah Allah.Dan cerita ,mengenai cerita mengenai Nabi Adam ini juga diceritakan dalam kitab-kitab Samawi yang terdahulu sebelum Al-Quran diturunkan seperti kitab Injil.
Dalam Islam, fitrah manusia sejak daripada dilahirkan adalah bersifat suci dan bersih. Dapat dilihat bilamana bayi yang baru dilahirkan menggenggamkan tangannya, bahawa di Alam roh, kita sudah berjanji kepada tuhan bahawa kita taat dan patuh kepada tuhan apabila kita dilahirkan ke dunia ini. Namun lama kelamaan genggaman tangan bayi tersebut mula terbuka dengan melihat warna-warni keindahan dunia yang bisa melalaikan.
Bagi pendapat agama lain, manusia dilahirkan dengan membawa dosa daripada nabi Nabi Adam, namun hakikatnya sifat manusia berbanding Iblis dan Syaitan, manusia apabila melakukan dosa akan segera bertaubat, dan pendapat mengatakan bahawa Nabi Adam telah bertaubat, dan taubatnya telah diterima Allah.
Siapapun kita, kita yang dilahirkan di dunia ini telah dipikulkan amanah oleh Allah, asal kita adalah syurga, dan untuk kita kembali ke syurga semula kita hendaklah melawan hawa nafsu bisikan syaitan yang laknatullah yang akan bisa menghalang manusia daripada kembali ke syurga, dan dengan berpandukan petunjuk Al-Quran dan Sunnah Nabi dengan mengamalkan segala apa diperintahkan dan meninggalkan segala apa telah dirang Insyaallah kita akan bisa kembali ke Syurga. Semoga kita kita ditempatkan disana..Amin...
No comments:
Post a Comment