Sekarang pelajar-pelajar IPT tengah sibuk menghadapi peperiksaan Final Exam.
Bermacam-macam ragam yang ada. bagi yang sudah bersiap sedia, mereka akan merasa tenang dan tak perlu gentar lagi mahu menghadapi exam. Tapi bagi mereka yang tak bersedia perasaaan takut dan gementar akan menyelubungi mereka.
Final exam bakal menentukan keputusan pngs/k pelajar.
Apakah mood pelajar universiti sekarang berbanding dengan pelajar universiti dahulu? kira-kira 10 atau 20 tahun dahulu dimana isu graduan menganggur belum timbul lagi, kemasukkan ke universiti merupakan satu yang amat dibanggakan. Boleh dikatakan orang yang dapat masuk universiti sangat dibanggakan oleh masyarakat setempat. Sekarang ini dengan bertambahnya universiti, dimana setiap setiap tahun puluhan ribu dapat memasuki universiti, kita menganggap orang yang dapat masuk universiti merupakan perkara biasa, seperti orang melanjutkan ke sekolah menengah sahaja. Malah pelajar ditawarkan masuk universiti tidak merasa apa-apa keistimewaan pun.
Kenapa ini berlaku? ini kerana terlalu banyak pelajar yang memasuki universiti, dan ini menyebabkan ianya menjadi perkara biasa sahaja. Tetapi mungkin rasanya berlainan jika pelajar yang melanjutkan pelajaran itu mendapat kursus profesional seperti perubatan, pergigian dan sebagainya.
Mereka yang mendapat tawaran universiti juga berfikir dua kali sama ada mahu masuk universiti ataupun tidak. Manakan tidak, kalau dapat masuk universiti pun nanti sudah grade belum tentu ada pekerjaan. Lebih baik mereka mencari pekerjaan dahulu. Dan trend sekarang ialah orang lebih suka mencari pekerjaan dahulu, dan mengambil pengajian luar kampus. Cara ini mungkin lebih baik, kerana disamping belajar tidaklah semata-mata menghabiskan duit ibu-bapa sahaja, malah dapat menjana kewangan, dan menjadikan diri lebih stabil. Juga mendapat pekerjaan yang baik pada usia yang muda merupakan suatu yang amat membanggakan.
Masalah mood seperti ini sedikit sebanyak, mengurangkan minat untuk menyambung pelajaran ke universiti. Kerajaan tidak seharusnya berfikir bagaimana hendak menambahkan bilangan universiti sahaja, tetapi berfikir juga bagaimana mengambalikan mood pelajar untuk memasuki universiti.
Pelbagai cara boleh diambil bagaimana untuk menarik mood pelajar memasuki universiti, iaitu dengan memberikan kelebihan-kelebihan kepada pelajar universiti dengan memberikan elauan pelajaran setiap bulan seperti dilakukan di maktab-maktab pengajian ataupun universiti mara. janganlah universiti-universiti lain di anak tirikan oleh kerajaan.
Kita hairan melihat bagaimana tingginya kos sara hidup diuniversiti, dengan harga makanan dan barang-barangnya yang mahal menjadi pelajar sangat kesempitan. Sepatutnya, kerajaan kena memahami pelajar bukannya ada pendapatan setiap bulan, jadi biarlah kos kehidupan di universiti di kurangkan.
Lesen memandu sangat penting untuk mendapatkan pekerjaan mutakhir ini. Kebanyakkan yang memohon pekerjaan adalah sangat pelajar graduan. Tapi sangat menghairankan untuk mendapat lesen memerlukan kos yang sangat tinggi. Jadi apa salahnya jika pelajar di universiti diberikan diskaun untuk membuat lesen.
Kerajaan juga seharusnya memastikan bahawa pelajar yang diterima masuk universiti akan dijamin peluang pekerjaan.
Kemudahan-kemudahan @ keistimewaan-keistimewaan perlu diberikan kepada pelajar universiti, ini sebagai inisiatif untuk menarik mood pelajar kembali untuk belajar di universiti.
Kepada pelajar universit, buatlah yang terbaik dalam tiga empat tahum kita di universiti, kerana tiga atau empat tahun ini akan menentukan susah senang kehidupan kita seterusnya. Korbankanlah tiga atau empat tahun ini untuk 30 atau 40 tahun kehidupan kita seterusnya.
SELAMAT MENDUDUKI PEPRIKSAAN.
No comments:
Post a Comment