Pemilihan ketua UMNO sudah pun berlalu, dan seperti yang diketahui ketuanya sudah juga seperti yang dijangkakan. Sedarkah orang Kota Belud sejak pemerintahan UMNO di tanah Kota Belud yang kaya dengan hasil buminya khususnya sawah padi adakah terdapat perubahan yang berlaku, adakah pendapatan dan taraf kehidupan penduduknya meningkat?,adakah kadar kemiskinan telah berkurangan?adakah nasib penduduknya sudah terbela? Apa yang UMNO telah lakukan? mungkin orang terdahulu percaya bahawa zaman pemerintahan yang paling berjaya adalah semasa zaman BERJAYA!!!
Kini UMNO menjadi "Awamno" yang bermaksud tiada harapan. Mungkin UMNO berjasa semasa menyelamtkan Sabah daripada penjajahan PBS, tapi sekadar itu sahaja kah perjuangan UMNO? Adakah kita perlukan Pari Keadilan, BEBAS dan sebagainya untuk melakukan perubahan? Jawapannya ada pada masyarakat Kota Belud itu sendiri. UMNO bukan penyebabnya, tetapi yang menjadi masalahnya adalah pemimpin yang ada dalam UMNO itu sendiri, wajarkah kita mengundi seorang wakil rakyat yang tidak menetap dan jarang sekali datang ke KB? pedulikah dia pasal KB?
Kita sedar bahawa rakyat KB memerlukan pembelaan, tetapi mereka tidak mampu untuk meluahkan dan memperjuangkan semua ini. mereka hanya menunggu adanya bantuan dan peruntukkan. kalau kita fahami, tidak semestinya orang minta baru kita bagi. Sudah kita lihat orang itu tiada rumah,rumah buruk,jalan rosak,tiada bekalan air, adakah kita buat-buat tidak tahu sehingga diberitahu?
Jadi bagi mereka yang ada kuasa ini lakukanlah sesuatu, jika ada bantuan dan peruntukkan biarlah disalurkan kepada semua masyarakat bukan hanya masyarakat yang tertentu sahaja. Suatu jawatankuasa yang memantau perkembangan penduduk di KB perlu ditubuhkan agar setiap bantuan dapat disalurkan.
Orang-orang tua perlu diberikan elaun yang mana mereka tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Mungkin masyarakat KB kaya sebab banyak tanah, tapi apa juga gunanya jika ianya tidak memberikan hasil. Masyarakat KB perlu diberikan kail dan bukannya ikan.
Anak-anak masyarakat KB yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/S perlu diberikan biasiswa dan kemudahan-kemudahan yang lain.
Kita mengharapkan dimasa akan datang, kita dapat merubah keadaan ini, untuk merubah semuanya kita tidak perlu mengharapkan pemimpin, tetapi kita sendiri yang perlu merubahnya. Kita buang pemimpin yang pentingkan diri sendiri, kita perlukan pemimpin seperti presiden Iran hari ini, pemimpin yang patut kita pilih adalah pemimpin yang mengutamakan rakyat. bagi dia biarlah perutnya lapar asalkan rakyatnya dapat makan dahulu. dia tidak perlukan harta, yang dia tahu amanah yang diberikan.
Semoga pemimpin seperti ini akan lahir di KB, dan perubahan akan di lakukan.
HIDUP KOTA BELUD!!!
No comments:
Post a Comment