biarlah dia bah, dia dengan hidup dia sendiri, dan aku dengan kehidupan ku yang lama..sedih, kecewa, hampa bermacam-macam perasaan yang tak ku duga akhirnya ku rasakan juga,badan semakin naik, perasaan pun bertambah rumit, entahlah, ke mana hala tuju hidup ku ini, adakah betul tindakanku selama, usah disesali apa yang berlaku..
hidup segan mati tak mahu begitulah mungkin perumpamaannya..tak apa, aku kena kuatkan semangat aku untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh, apa yang aku terdaya lakukan aku lakukan..
Aku bersyukur kepada mu Ya ALLAH, Kau berikan aku kesihatan ini untuk melakukan segala-galanya, aku hidup atas ketentuanMu Ya ALLAH,Ya ALLAH aku berserah kepadamu, berilah aku petunjuk untukku menjalani kehidupan ini apa yang sepatutnya aku sebagai hambaMu lakukan, Aku insan lemah perlu bekerja untuk mencari rezki untuk meneruskan kehidupan ku..Aku berserah kepada Mu Ya ALLAH..Ampunilah segala Dosaku dan berilah aku petunjukMu jalan yang Benar yang Engkau Redhaii..
No comments:
Post a Comment