bila musim panas berlaku,
maka terasalah panasnya dan kehangatannya,
berdenguslah orang ramai kerana tidak tahan dengan rasa kepanasan,
namun bila hujan datang maka merenguslah juga mereka kerana asyik hujan.
kita tidak pernah rasa bersyukur dengan apa yang kita ada,
bila orang yang tidak ada motorsikal merasakan alangkah baiknya jika aku ada motorsikal,
tetapi bila dah memiliki motorsikal bersuaralah hati alangkah baiknya aku jika memiliki kereta.
bila dah memiliki kereta bersuaralah hati alangkah baiknya jika aku mempunyai kereta yang berprestij means kereta yang mahal-mahal.
begitulah kita, bila kita membandingkan diri kita dengan orang yang lebih dari kita kita akan terasa amat kekurangan dan susahnya hidup kita, tetapi cubalah bandingkan hidup kita dengan orang yang lebih susah dari hidup kita dan kita akan merasakan alangkah bertuahnya kehidupan kita..cubalah bersyukur dengan apa yang ada, insyaALLAH hati kita akan merasa tenang. Janganlah asyik merungut. DALAM HIDUP INI APA YANG LEBIH PENTING ADALAH KESABARAN DAN KESABARAN ITU ADALAH RAHSIA KEJAYAAN.
1 comment:
syukur alhamdulillah
Post a Comment